Surah As-Sajdah & Surah Al Mulk : Surah Penyelamat
Bismillahirrahmaanirrohim.
Assalamualaikum Wbr.
Pantasnya masa berlalu.
Hampir 14 tahun almarhum ayahandaku Mohd Diah Bin Naam…kembali
ke rahmatullah. Arwah bonda pula telah pergi 10 tahun lebih awal dari
ayahandaku. 24hb Februari ini genaplah 29 tahun kepergian arwah
kakakku yang mendahului kami semua. Semoga ENGKAU mencucuri
sebesar-besar rahmatmu ke atas roh-roh mereka ya Allah. Ampuni dosa
mereka dan tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang beriman dan
beramal soleh.
Masih aku ingat lagi…….14 tahun yang
lalu…….kira-kira 2 bulan selepas kembalinya arwah bapaku ke
rahmatullah. Pada malam itu, aku bermimpi yang aku sedang mandi.
Sejurus selepas selesai mandian aku telah di datangi beliau. Masih
terngiang-ngiang di telingaku
Arwah berkata kepadaku, “wahai anakku, hafalkanlah akan engkau Surah Al-Mulk, nescaya ia akan melindungimu di dalam kubur”.
Seumur hidup bapaku itu…..aku sentiasa
mendengar dia membaca surah As-Sajdah, tak kira di mana…., di atas
kenderaan dan sering membawanya ketika mengimami makmum bersolat Subuh
di pagi Jumaat. Tatkala sampai ke ayat….” Wa ammallazii nafasakuu fama’ waa humunnaar. Kullamaaaaa
araa duuuuu aiyakh rujuu minhaaaaa u i duu fiihaa. Wa qii lalahum zuu
quu azaa bannaarillazii kuntumbihii tukazzibuun. Wala nuzii qannahumm
minal azaabil adnaa, duu nal azaa bil akbar laallahum yarjiuun.
As-Sajdah Ayat 20-21.
Dan
adapun orang-orang yang fasik (kafir), maka tempat mereka adalah
neraka. Setiap kali mereka hendak ke luar daripadanya, mereka
dikembalikan (lagi) ke dalamnya dan dikatakan kepada mereka: "Rasakanlah
siksa neraka yang dahulu kamu mendustakannya". As-Sajdah Ayat 20
Dan
sesungguhnya Kami merasakan kepada mereka sebahagian azab yang dekat
(di dunia) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat); mudah-mudahan
mereka kembali (ke jalan yang benar). As-Sajdah Ayat 21
Maka…berjurai-jurailah
airmatanya keluar dengan teresak- esaknya…….menyebabkan makmum termasuk
aku merasa sungguh sebak sesebak sebaknya.
Dan dia menggesa aku menghafal Surah As-Sajdah serta memberitahu kelebihan surah As-Sajdah ini.
Bila aku membaca….. dia mendengar dan membetulkan bacaanku.
Namun…..tiadalah pula aku mendengar beliau membaca surah Al-Mulk seperti kelaziman beliau membaca Surah As-Sajdah.
Walaubagaimanapun……2
bulan selepas pemergiannya 14 tahun yang lalu……dia datang dalam
mimpiku…….menggesa aku menghafal pula surah Al-Mulk. Allahu Akbar.!!!
Menitis airmataku …..tatkala menulis entry ini.
Mohon kurniaanmu Ya Allah ke atas kelebihan surah-surah ini untukku di alam barzah nanti.

No comments:
Post a Comment